Isu Tauliah : Dr Hassan Ali ada tauliah ke ?

November 19 20099 Commented

Categorized Under: Sang Kelulut


19.11.09
Isu pemberian tauliah adalah perkara lama yang sepatutnya tidak berbangkit dan menjadi sensasi.Penangkapan Dr Asri adalah sebahagian dari kisah Pejabat Agama tangkap para Agamawan.
Pada zaman Umno memerintah Selangor para ustaz PAS adalah sasaran utama dengan alasan mengajar tanpa tauliah.Terlebih lucu apabila memohon tauliah pelbagai alasan tidak lojik dikemukakan.
Pada zaman orang PAS memegang jawatan Exco Agama pula, sekali lagi agamawan di buru bagaikan penganas .Alasannya sama seperti orang Umno jaga Exco Agama ” mengajar tanpa tauliah” .
Kepada mereka yang telah memohon tauliah untuk mengajar ditolak mentah – mentah .Ketika temuduga soalan yang ditanya apa pandangan tentang Wahabi ( apa punya soalan). Pihak berkenaan apabila ditanya wartawan kenapa permohonan mereka ditolak ? Jawapanya mudah ; ” mereka salah mengisi borang” .
Pesanan kepada Pejabat Agama berkenaan buatlah kerja sebagai amanah. Bukan berhujah dengan sumpah seranah.
Jangan melampaui bidang tugas , kelak rakyat memandang serong terhadap pihak yang sepatutnya menjaga kepentingan agama.
Jika hanya kerana tauliah Dr Asri tidak dibenarkan mengajar agama, bagaimana Dr Hasan Ali ? .
Beliau kerap menyampaikan kuliah , khutbah jumaat di Masjid , apakah kelayakan beliau ?
Adakah Phd Dr Hasan Ali berkaitan Syariah, Hadis, Ussuludin ?



Related Posts with Thumbnails

9 Responses to “Isu Tauliah : Dr Hassan Ali ada tauliah ke ?”

  1. izzrail says:

    Tauliah Dr Hassan M Ali? Hoi malaun, kalau tak faham isu jgn melalutla..Baca Enakmen JAIS berkaitan tauliah, kan Exco Agama dikecualikan..apa lah lu. Lagi satu, memang satu isu penting dan menjadi fokus JAIS adalah mengekang fahaman tidak bermazhab yg menjadi misi utama Dr Asri dan yg sepertinya. Bukan sekadar itu..menghina dan “mencerca” pandangan dan pengikut ulama mazhab. Kalau lu sebagai org awam tak mahu bermazhab bermakna lu juga boleh sesat..Apakah itu lu mahu umat islam kalangan org amaw ni jatuh sesat kerana Dr Asr dan orang2nya tersalah pendekatan dlm dakwahnya? Bacalah sejarah bagaimana golongan seperti ini lebih membawa keburukan dan perpecahan dlm masyarakat. Itulah yg hendak JAIS halang supaya rakyat selangor selamat dari terseleweng kerana keadaan dan ketidak mampuan mereka memahami selok belok agama, melainkan golongan akademik dan cendikiawan mampu menapis dan menyaring sebarang bentuk penyelewengan. Tuan, cubalah dapatkan maklumat2 berkaitan pemikiran “wahabi” dan “liberalisma” dlm agama ini, sudah pasti tuan akan “tersedar” dari ketaksuban yg melulu terhadap golongan ini.

    Wassalam

  2. admin says:

    ha ha izrail sedap ye kata orang malaun tak pa aku ambik dari bahasa Arab bagus makna nya malaun tu hu hu. Isu yang diketengahkan ialah kenapa Hassan Ali yang tiada pendidikan formal dalam pengajian Islam dikecualikan manakala Dr. Asri yang ada phd dlm pengajian Islam dikenakan tindakan.Apa itu wahabi wahai saudara, Rasulullulah kata berpegang kepada Al-Quran dan Sunnahku nescaya kamu tidak sesat, manakla Imam Shafie pula jika ada pendapat lain yg lebih rajih(kuat) itu lah pendapatku. Habis kalau Dr. Asri terseleweng hang pi mekah hang guna mazhab mana, solat tak ikut imam ke bro.Hebat kamu izzrail sehebat nama mu. Satu lagi habis selama orang Perlis habis sesat le ya masa Dr. Asri jadi Mufti Perlis. MInta maaf izzrail aku pun ada part yg tak setuju dengan dr. Asri tapi itu hanya pendekatan beliau bukan perkara yg sesat dan ghulu wahai izzrail.

    http://saifulislam.com/?p=1801
    http://saifulislam.com/?p=3707
    http://saifulislam.com/?p=325
    http://saifulislam.com/?p=133
    http://saifulislam.com/?p=223
    http://saifulislam.com/?p=343
    http://drmaza.com/home/?p=811
    http://drmaza.com/home/?p=796

  3. ikhqoi says:

    mengikut enakmen tertentu, exco agama dikecualikan daripada tauliah….

    skrg pokoknya bukan Dato Dr Hasan Mohamad Ali. skrg cerita ttg Dr Maza.

    Ini kes, orang agama lawan orang agama. takde kaitan ngan tauliah apa pun

  4. izzrail says:

    …..Sekarang ni orang sudah tidak mengenal bidang @ disiplin ilmu. Yang penting ijazah kedoktoran. Ada yang ijazah BA B.Arab n tesis Phd Hadis pun dilantik mufti.Walaupun jahil dgn Feqah dan usul feqah. walhal, lulusan Phd tu hanya kajian kecil sahaja. Tetapi diangung2kan zaman kita sehingga diagung2kan kita dgn gelaran tertentu. Moralnya, bukan beerti semua yang lulus Phd tu alim dan boleh menjadi rujukan ummat. Kenapa? kenapa penguasaan disiplin ilmunya rendah, kurang bermutu dan tidak matang. Ia tidak bermaksud utk tuan blog meninggi diri. tapi itulah realiti bagi nilai jawatan Mufti kontemporari..siapa yg telah bnyk “menyesatkan” kalau bukan golongan ini? Hanya kerana perkara2 furuk dan dakwaan bidaah itu sesat maka “disesatkan” semuanya kerana masalah furu’. Sape pulak kata Imam Mekah sesat? Ahli sunni tak pernah mengkafirkan mereka. Ikhtilaf mazhab antara mazhab yg diiktiraf oleh ahli sunnah wal jamaah. Wahabi bukan mazhab tapi satu aliran pemikiran yg membawa kepada seleweng akidah kerana mirip kepada golongan mujassimah yg menyamakan Tuhan dgn makhluk di dalam menafsirkan ayat2 mutasyabihat. Nak kembali Quran dan Sunnah? Saudara tentu layak tapi bagaimana masyarakat awam nak faham al quran sunnah terus tanpa merujuk ulama mazhab? Jgn terkeliru, sepakat ulama ahli sunnah wal jamaah memutuskan sumber hukum syarak selain quran dan sunnah adalah ijmak dan qiyas. Ijmak para sahabat dan qiyas para ulama mazhab yg mujtahid. Betul Imam Syafie kata begitu…tapi berapa ramai org macam Imam Syafie kat malaysia ni, yg serba tahu merujuk kepada nas dalil dari quran dan sunnah?

  5. izzrail says:

    Perkhabaran tentang Dr Asri oleh Mufti Sabah

    SS Datuk Mufti Sabah menceritakan sedikit sebanyak tentang sikap Mufti Perlis khususnya dalam Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan. Katanya, Dr Asri min juhala’ wa qillatil Adab. Contohnya, apabila berbahas sesuatu permasalahan Dr Asri tidak menggunakan disiplin ilmu yang benar dan jelas. Dr Asri juga tidak meraikan pandangan panel lain. Demikian pendapat dan ulasannya.

    Beliau menceritakan lagi bahawa pernah satu ketika, Dr Asri bertikam lidah dengan Dr Hayyi Shukor berhubung masalah solat kanak-kanak dibelakang saf. Dr Asri dengan keras mengatakan bahawa amalan ini adalah tafsiran sempit agama. Bahkan menganggapnya sebagai amalan khurafat yang disandarkan kepada feqah. Beliau berhujah membawa beberapa potong hadis. Tetapi hujah Dr Asri kemudiannya disangkal oleh Dr Hayyi yang membawa pandangan Imam Nawawi bersumberkan pelbagai dalil. Khususnya dari Sunan Abu Daud dan menjadi amalan mazhab al-Shafi’iyy.

    Namun Dr Asri tetap berkeras dengan pendapatnya dan cuba berhujah menggunakan qiyas. Dakwanya, kulup kanak2 itu sama dengan najis orang dewasa dalam perut. Benarkah begitu? Dato’ Soleh Hj Ahmad memberitahu saya bahawa kiasan Dr Asri tidak mencukupi syarat qiyas, kiasan beliau boleh disifatkan sebagai : qiyas ma’a al-Fariq

  6. izzrail says:

    Wahabi ni adalah satu fahaman yang mesti diperangi ASWJ tidak akan bertindak jika wahabi tidak memulakan dahulu.Mungkin saudara moderator dan seangkatan saudara tidak belajar dari sejarah bagaimana wahabi menjatuhkan Khilafah Utsmaniyah.
    Mungkin juga anda tidak tahu yang ramai ulama ASWJ dibunuh oleh mereka terpengaruh dengan aliran pemikiran wahabi ini.ASWJ pun ikut quran dan sunnah.Tapi wahabi menuduh ASWJ tidak mengikut quran dan sunnah.Tidakkah ia satu fitnah?
    Bahkan ada antara mereka yang mendhaifkan hadis yang sahih hanya kerana dah keluar fatwa pastu jumpa lak hadis tu, terus pulak dikatanya daif.KITA HIDUP BELAJAR DARI SEJARAH.SEJARAH AKAN BERULANG JIKA KITA TAK MENGAMBIL IKTIBAR DARI APA YANG PERNAH BERLAKU SATU KETIKA DAHULU
    “Akan keluar dari arah timur segolongan manusia yang membaca Al Qur’an namun tidak sampai membersihkan meraka. Ketika putus dalam satu kurun, maka muncul lagi dalam kurun yang lain, hingga adalah mereka yang terakhir bersama-sama dengan dajjal”

    Saranan…
    Pelajari dan fahamilah Islam berdasarkan methodologi dan disiplin ilmu yang telah disepakati ulama ASWJ bukan sekadar kebijaksanaan otak atau hanya kerana semangat “Tajdid” yang didorong oleh nafsu dan keangkuhan.

  7. admin says:

    Salam Sdra Izzrail

    Apa autoriti sadra nak menyesatkan mereka yang saudara panggil “wahabi” itu sesat sedangkan mereka bermazhab hambali. cuba baca artikel ini semoga ada manfaat nya, minta maaf saya pun bukan pro kpa gang yang dipanggil “wahabi” tetapi berlaku adil dalam menilai apatah lagi sesama Islam

    http://saifulislam.com/?p=3707
    http://saifulislam.com/?p=133
    http://saifulislam.com/?p=6973
    http://saifulislam.com/?p=343
    http://saifulislam.com/?p=232
    http://saifulislam.com/?p=903
    http://saifulislam.com/?p=909
    http://saifulislam.com/?p=325
    http://drmaza.com/home/?p=835
    http://drmaza.com/home/?p=811
    http://drmaza.com/home/?p=798
    http://drmaza.com/home/?p=796

  8. admin says:

    Cerita dalam mesyuarat kan rahsia apa jenis mufti yang dedahkan rahsia

  9. kafiez says:

    x kisah la pape pon ……..yang penting kite dan saya dilahirkan dgn mazhab shafie…kan bagus bermulanya solat dgn tertib…alangkah indahnye…cukupla dgn mazhab kite…..pahaman yg kite ade…x perlu nk persoalkan..pape pon hidup HASSAN ALI…dan saya ade la dari kaum keluarga beliau..saya tidak membangga tapi saya tahu background arwah ayah beliau yang cukup disegani di seluruh klang dgn ilmu yg tnggi di dalam agama… jadi jgn la kite nk bergaduh….bg saya ISLAM tue cukup sempurna..pasal dr asri… saya rase mungkin ade kelebihan beliau dan mungkin ade kekurangan terhadap beliau……

Leave a Reply