Categories
Pengunjung
Online
ARKIB
Google Friends


Klik gambar untuk besarkan imej

we dasan@telokbakong.com

TBO ingin mengulas hanya sedikit apa yang berlaku dalam seminar khas PAS semalam. Menyedihkan, ada pimpinan yang bersikap kasar kepada pembentang kertas kerja ( Professor dari UIA dan Professor Madya dari UM) yang dijemput khas untuk membentangkan dapatan (finding) mereka , sepatutnya ianya dibahas secara ilmiah juga bukan secara emosional. PAS patut mengambil tindakan “turun pangkat” kepada pimpinan yang berkasar dalam seminar berkenaan juga yang bersikap kasar menyergah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam mesyuarat khas terdahulu.

Namun apa yang ingin TBO bawa kali ini bukan isu di atas, ianya telah banyak diulas oleh para media dan bloggers. Apa yang ingin kami ulas ialah kefahaman pimpinan PAS terhadap Perlembagan PAS itu sendiri. Jika Perlembagaan PAS pun tak faham-faham maka tak hairanlah apa yang dibentangkan oleh dua orang pembentang dari IPTA berkenaan hanya masuk telinga kanan keluar ikut telinga kiri.

Berikut adalah petikan ucapan Perwakilan PAS Negeri Sembilan dalam Seminar Politik PAS yang diadakan semalam. Petikan ini kami ambil dari Harakahdaily.net dan cuba baca artikel yang kami imbas (scan) dari Harakah bercetak bil. 1484. Cuba perhatikan perenggan akhir ucapan perwakilan PAS Negeri Sembilan berkenaan (yang kami bold kan) nyatalah dikalangan pimpinan PAS pun masih tidak jelas peranan Presiden dan Mursyidul Am dalam jemaah PAS.

3.02 petang

Wakil Negeri Sembilan mengingatkan usaha tahaluf siyasi yang sewajarya mendatangkan keuntungan kepada Islam dan bukan merugikan.

Beliau membangkitkan tentang beberapa kejadian terutamanya di Selangor yang pengamalan agama terhalang dan menjadi perbincangan umum pula.

“Sebarang tindakan yang bercanggah dengan disiplin parti perlu diperteguhkan dan mereka yang bercanggah, tindakan mesti diambil,” tegasnya.

Beliau juga berkata tidak mahu keadaan dua nakhoda dalam satu kapal yang boleh mengkaramkan kapal, ketika meminta penjelasan siapakah yang paling berautoriti membuat keputusan antara Presiden atau Mursyidul Am.

Fikir-fikirkan, jadi betul lah strategi politik PAS memang merosot dan teruk sepertimana apa yang dikatakan Professor Madya Dr. Abu Hassan dari UM.

Klik Gambar untuk besarkan imej

Artikel Berkaitan

http://penarikbeca.blogspot.com/2009/11/bukan-bakaq-saja-yang-tak-dak-akhlaq.html

http://bongkarsauh.blogspot.com/2009/11/seminar-memperkasakan-parti-beberapa.html



Related Posts with Thumbnails

2 Responses to “Pimpinan PAS pun tak tahu pasal perlembagaan PAS”

  • izzrail says:

    Salam,saya kurang bersetuju jika kesimpulan dibuat hanya merujuk kepada kenyataan yg di’bold’kan. Persoalannya bukan tak faham dr sudut term perlambagaan tetapi realiti tindak-tanduk kepimpinan yg dipersoalkan seolah-olah menzahirkan dakwaan dua nakhoda pada satu kapal bila mana kenyataan-kenyataan mereka dimanipulasikan oleh media dan menimbulkan pelbagai andaian dan persepsi kalangan umum. Jadi, pandangan umum biasanya cenderung kepada populariti seseorang pemimpin tanpa melihat hiraki dalam organisasi. Oleh kerana itu persepsi timbul di kalangan umum, siapakah pemimpin sebenarnya.

  • admin says:

    Salam

    Kalau tahap pimpinan macam tu baik letak jawatan bagi kat orang lain yang lebih layak

Leave a Reply

Kalendar
February 2010
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
Berita Ringkas TBO
28/10/2009-Tengahari tadi Makcik Minah Wan Biah telah kemalangan motosikal,kecederaan kaki dan tangan dan di bawa ke Hospital Manjung.Wakil TBO En. Nazri berada disana sebagai wakil penduduk kampung. Manakala pada 7pm anak sahak dan lan roti canai telah kemalangan di depan kedai Baba.Kecederaan dipercayai agak teruk.Telah dihantar ke Hospital Changkat Melintang.Sama-samalah kita berdoa agar mereka segera sembuh dan pulih seperti sediakala.Amin 14/9/2009-Emak Kepada ein baai (ein teksi) telah kembali ke rahmatullah di Hospital Changkat Melintang pukul 4 pagi tadi, jenazah akan di kebumikan hari ini juga , moga arwah tergolong dalam golongan solehah dan mukminah Kalau kome ade berita nak di hanto Jika kome ada berita hantor le kepada keme
emailkan kepada webmaster@telokbakong.com
Video Terkini
Terkini

Posting tweet...

Powered by Twitter Tools

Ngechong TBO
Pautan TBO
Blogs Perak
Pimpinan PR
Blog List
Web TV