Categories
Pengunjung
Online
ARKIB
Google Friends

Tindakan Umno mahu menerima Adun Perlabuhan Klang, Badrol Hisham Abdullah mengesahkan kedudukan Umno sebagai pengumpul sampah dan barang lusuh sebagaimana yang mereka lakukan di Perak, di Kedah dan sekarang di Selangor, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Abdul Aziz, profesor undang-undang perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa berkata demikian dalam tulisan terbaru beliau dalam sebuah akhbar tempatan.

Abdul Aziz mengulas tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamafd Khir Toyo yang berkata, Umno sedia menerima Adun Perlabuhan Klang itu menyertai parti itu.

Khir yang juga ketua pembangkang Dun Selangor membuat tawaran itu ekoran tindakan Badrol mengisytiharkan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Bagi Dr Abdul Aziz, langkah ini mengesahkan Umno sebagai pengumpul sampah dan bahan lusuh.
Ini kerana, sebelum Badrol mengumumkan keluar parti, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membuatkan kenyataan mencadangkan PKR meminta Badrol meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugasnya sebagai Adun.

Badrol bukan sahaja tidak memberikan khidmat, dia juga telah menutup pusat khidmatnya dan tidak mengangkat panggilan telefon dari pejabat MB dan pihak yang ingin mendapatkan khidmat beliau sebagai Adun.

Sebelum Badrol, Umno menerima dua Adun di Perak yang sedang dibicarakan kerana dakwaan rasuah iaitu Adun Behrang, Jamaludin Md Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu.

Umno juga menerima Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang memberikan pelbagai jenis masalah kepada kerajaan negeri Kedah.



Related Posts with Thumbnails

One Response to “UMNO pengumpul sampah dan barang lusuh kata Aziz Bari”

  • PAS says:

    Wahai Telok Bakung,

    Aziz Bari hanya tahu tentang samah politik.

    Tapi tak tahu bahawa sampah boleh memberi manfaat melalui teknologi.

    PR hanya tahu sampah politik adalah sampah tapi BN tahu bahawa sampah akan memberi manfaat dengan adanya teknologi.

    Itulah sebabnya PR gagal jadi kerajaan pusat dan negeri.

    Jadi komen Aziz Bari adalah politik sampah.

    Sekian.

Leave a Reply

Kalendar
February 2010
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
Berita Ringkas TBO
28/10/2009-Tengahari tadi Makcik Minah Wan Biah telah kemalangan motosikal,kecederaan kaki dan tangan dan di bawa ke Hospital Manjung.Wakil TBO En. Nazri berada disana sebagai wakil penduduk kampung. Manakala pada 7pm anak sahak dan lan roti canai telah kemalangan di depan kedai Baba.Kecederaan dipercayai agak teruk.Telah dihantar ke Hospital Changkat Melintang.Sama-samalah kita berdoa agar mereka segera sembuh dan pulih seperti sediakala.Amin 14/9/2009-Emak Kepada ein baai (ein teksi) telah kembali ke rahmatullah di Hospital Changkat Melintang pukul 4 pagi tadi, jenazah akan di kebumikan hari ini juga , moga arwah tergolong dalam golongan solehah dan mukminah Kalau kome ade berita nak di hanto Jika kome ada berita hantor le kepada keme
emailkan kepada webmaster@telokbakong.com
Video Terkini
Terkini

Posting tweet...

Powered by Twitter Tools

Ngechong TBO
Pautan TBO
Blogs Perak
Pimpinan PR
Blog List
Web TV